Kamis, 24 April 2008

Tanda-tanda awal penyakit resdung

Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada seseternagh pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau seklaipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala dibahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul dibahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.
Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada runag-ruang udara ( sinus ) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak ( osteomyelitis ). Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata menjadi buta.
Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak (mengakibatkan meningitis) dan ke otak menyebabkan otak bernanah (intracranial abscess). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut!!!

Minggu, 13 April 2008

Awas, joging boleh bahayakan anda

Cakap pasal joging saya adalah antara yang suka joging di Universiti Malaysia Pahang ni,Malagnya kesibukan saya masa tahun akhir ini menyebabkan saya jarang pergi joging di sekitar UMP malah kata orang boleh dikira berapa kali saya berjogging pada semester ini.Lebih menyedihkan lagi saya tidak dapat menyertai MASUM di Universiti Pendidikan Sultan Idris gara-gara tiada masa untuk turun berlatih.


Biasanya orang akan memilih untuk berjoging apabila doktor memberitahu mereka supaya mula bersenam selepas mendapati tahap kolestrol mereka meningkat namun banyak yang tidak tahu senaman popular ini boleh menambah kesakitan pada tubuh seseorang dalam jangka panjang.

Seorang ahli fisioterapi, Bhalwant Singh Bains memberitahu peserta Persidangan Kebangsaan Persatuan Fisioterapi Malaysia 2007 di sini semalam bahawa berjoging boleh menyebabkan kecederaan kepada banyak orang.

Menerusi pemerhatian dan kajiannya, beliau berkata tidak banyak orang yang mempunyai bentuk serta keseimbangan yang betul pada keseluruhan tubuh mereka untuk berlari dan mereka yang ingin berlari perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, sebab itulah hanya orang tertentu sahaja yang boleh menjadi pelari yang baik di dunia misalnya legenda pelari pecut Amerika Syarikat, Carl Lewis atau pelari Kanada yang menimbulkan kontroversi, Ben Johnson.

Ketika ditanya faktor yang dapat menentukan sama ada seseorang itu boleh berlari atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu ditentukan oleh sudut kuadrisep (Q-Angle) yang diukur antara pinggang dan lutut.

Bains berkata bagi seorang lelaki, dia boleh menjadi pelari yang baik sekiranya Q-Angle berada pada 14 darjah, manakala bagi wanita pula adalah 17 darjah.

“Q-Angle Lewis dan Johnson berada dalam lingkungan itu dan kaki mereka agak lurus,” katanya.

Justeru, beliau berkata input daripada seorang ahli fisioterapi amat penting untuk menyesuaikan otot seseorang pelari supaya dia akan mempunyai postur badan yang betul untuk melakukan tugas itu.

Beliau juga berkata program kurikulum di sekolah seperti merentas desa perlu dikaji oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kesihatan memandangkan tidak banyak kanak-kanak yang mempunyai postur badan yang betul untuk berlari.

Selain itu, kanak-kanak terbabit mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan lari jarak jauh memandangkan mereka mungkin tidak memanaskan otot mereka dengan betul dan sesetengahnya mungkin tidakpun bersarapan, katanya.

Senin, 07 April 2008

ingin besarkan penis?

Yuhu...

topik ni sangat hangat,beginilah sifat manusia,Di bagi yang kecik nak yang besar ,dibagi yang pendek nak yang panjang.

Sampai bila-bila pun kepuasan dan kehendak seseorang tu tak kan habis malah kita akan selalu tidak puas.Tidak puas di sini bukan tidak puas yang tut tut***

tapi tak puas lah dengan apa yang ada.Em....tapi tak pe...

i have a surprise for reader...

click here...free only for men...

lagi tambahan klik sini....


for girl i will give kalo ada sambutan huhuhu...

da........da.........

ENJIN CARIAN GOOGLE