Senin, 02 September 2013

Gempar! Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah



Gempar! Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah | “Kalau kau menangis keluar air mata darah sekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalam drama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.
mngis
Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalu mengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.
Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,
“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.
Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.
Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.
Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.
“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.
Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali  ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

Misteri Dawai Kawat Keluar Dari Perut Guru Tadika



Ramai yang agak meraguinya pada mulanya, mereka semua berfikir mungkin dia yang melakukan perkara tersebut keatas dirinya sendiri. Bagaimanapun, para doktor juga mempunyai teori lain tetapi tidak dapat dijelaskan menerusi saintifik atau perubatan.


Wanita ini telah 17 tahun menderita kerana dawai yang keluar menerusi tubuhnya dan kini dia turut disiasat oleh Kementerian Kesihatan. Perundingan awal dengan doktor dan pakar-pakar mendapati bahawa dawai juga terdapat di dalam badannya. Pada peringkat ini, tidak ada penjelasan perubatan semasa atau mana-mana kes yang pernah wujud. Oleh itu, tidak lain dan tidak bukan. ianya pasti dari perbuatan khianat.

Noorsyaidah, seorang guru tadika berusia 40 tahun dari Sangatta, Timur Kutai, Indonesia. Gejala pertama bermula pada tahun 1991, menurutnya dawai logam muncul daripada dada dan perut beliau. Pada minggu pertama, dawai itu tumbuh dan kemudiannya dawai tersebut jatuh dengan sendirinya dari badan beliau dan tiada lagi kejadian dawai keluar dari tubuhnya. Namun, sebulan kemudian, dawai tersebut kembali keluar dari badannya dan ianya seperti seperti hidup bahkan semakin banyak!

Salah satu daripada adik-adiknya berkata bahawa mereka cuba untuk membantu dengan memotong dawai tersebut. Malangnya, apabila dia cuba untuk memotong dawai itu, dawai itu masuk kedalam seolah-olah ia telah bersembunyi dan kemudian muncul di bahagian lain tubuh Noorsyaidah.

Terdapat 4 Pakar Perubatan mengambil serius perkara ini dan telah merawat beliau dalam beberapa cara. Dan hasilnya, doktor tidak dapat memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepada beliau. Para doktor telah mengambil imej X-Ray dari perut beliau dan mendapati bahawa terdapat lebih daripada 40 dawai logam didalam badan beliau dan sebahagian daripada dawai itu menusuk keluar dari kulitnya.

Ianya kelihatan seperti satu fenomena hidup. Dawai itu mampu beralih dan dengan itu boleh menukar lokasi sesuka hati, Oleh itu, doktor terpaksa menggunakan magnet untuk mengimbas kedudukan sebenar dawai. Wayar tanpa apa-apa gejala Tetanus, tetapi Noorsyaidah berkata bahawa dawai tersebut mencederakan beliau dan sangat terasa seperti jarum menusuk dibadannya.
sumber : Kezoom

ENJIN CARIAN GOOGLE