Senin, 17 Maret 2008

Kaji semula penggunaan ubat antikemurungan yang baru


SM Idris, CAP
Sun | Mar 16, 08 | 9:41:28 pm MYT


Satu kajian yang diketuai oleh Profesor Irving Kirsch dari Universiti Hull, di Utara England mendapati ubat antikemurungan dilaporkan hanya memberikan manfaat sederhana bagi rawatan penawar kemurungan. Penemuan kajian itu diterbitkan dalam jurnal online PLoS (Public Library of Science) Medicine awal tahun ini.

Professor Kirsch, bersama pasukan pakar dari British dan Amerika meneliti ujian klinikal yang dikemukakan kepada pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan lesen untuk empat ubat antikemurungan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai 'selective serotonin reuptake inhibitors atau SSRIs, termasuk fluoxetine (jenama patennya lebih dikenali sebagai Prozac dan Paroxetine juga dikenali sebagai Seroxat).

Kajian ini begitu unik kerana tidak seperti kajian lain, penyelidik menghadkan analisis mereka kepada data yang lengkap termasuk semua ujian yang dijalankan sama ada diterbitkan atau tidak. Oleh itu kecenderungan terhadap penerbitan tidak timbul. Sesetengah data diperolehi menggunakan Akta Kebebasan Maklumat.

Amat menarik untuk menyatakan bahawa penyelidik secara ketat dalam mengecualikan laporan penerbitan di mana subjek yang dikeluarkan daripada ujian telah dikeluarkan daripada data.

Kajian menyatakan penyertaan jenis ubat yang tidak berjaya dalam ujian tidak memihak kepada hasil keseluruhan dengan memihak jenis ubat dalam cara yang sama kepada kecenderungan penerbitan.

Ada percanggahan kecil
Kajian mereka juga mendedahkan bahawa kadangkala terdapat beberapa percanggahan kecil antara versi yang diterbitkan dan versi yang diserahkan untuk kelulusan pihak berkuasa.

Menambah kepada komplikasi kepada fakta bahawa sering kali didapati syarikat menerbitkan ujian lebih daripada sekali dengan sedikit percanggahan dalam data antara penerbitan.

Ujian yang dijalankan selepas lesen kelulusan diberikan juga dikeluarkan daripada kajian ini. Laporan kajian mempostulatkan kemungkinan perbezaan yang dikaitkan dengan jenis ubat mungkin ditemui dengan penyertaan ujian klinikal yang dijalankan selepas proses kelulusan, tetapi analisis perbandingan satu per satu menyarankan bahawa tidaklah mencukupi menjadi kepentingan klinikal.

Penemuan menunjukkan keseluruhan kesan ubat antikemurungan generasi baru adalah di bawah kriteria yang disarankan bagi keberkesanan atau signifikan klinikal.

Ia juga didapati bahawa keberkesanan mencapai signifikan klinikal hanya dalam ujian melibatkan pesakit paling murung, dan corak ini dikaitkan lebih kepada kemerosotan dalam maklum balas kepada kemurungan berbanding peningkatan dalam maklum balas kepada ubatan.

Berdasarkan kepada hasil ini, penyelidik merumuskan bahawa kelihatan terdapat sedikit bukti kepada sokongan preskripsi ubat antikemurungan kepada sesiapa tetapi pesakit murung yang paling teruk melainkan rawatan alternatif gagal untuk menghasilkan manfaat.

Di UK, dicatatkan bahawa sembilan daripada 10 pengamal perubatan menunjukan bahawa mereka dipaksa mengeluarkan ubat kerana tidak mempunyai akses yang sempurna kepada 'rawatan bercakap' seperti terapi tingkah laku kognitif, yang disarankan sebagai rawatan pertama bagi kemurungan yang lembut kepada sederhana.

Sehubungan dengan penemuan kajian ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengambil langkah yang berikut:

Meneliti dengan segera penggunaan ubat antikemurungan terutamanya yang terdapat dalam kajian itu, yang sebelum ini dikaji dan diluluskan, dengan melarang atau menghadkan penggunaan ubat ini bagi kegunaan kemurungan lembut atau sederhana. Ini memandangkan hakikat bahawa pesakit terpaksa berdepan dengan kesan sampingan ubat apabila tidak terdapat manfaat yang jelas.

Sama seperti apa yang kini dilakukan di UK, di mana pesakit yang mengalami kemurungan lembut dan sederhana boleh disediakan dengan lebih banyak akses kepada perkhidmatan kaunseling dan terapi tingkah laku kognitif.

Mengkaji dengan lebih lanjut fakta bahawa perbezaan dalam kemurungan dan ubat sebenar adalah akibat berkurangnya tindak balas kemurungan dan tidak meningkatnya keberkesanan ubat.

Ciri-ciri ini boleh ditemui dalam banyak lagi kajian, malah dalam kumpulan ubat lain jika diteliti dalam cara yang sama dan memerlukan perubahan dalam dasar preskripsi ubat.

Mengarahkan syarikat ubat supaya menyediakan semua data yang diterbitkan dan tidak diterbitkan bagi sebarang ubat baru untuk diteliti secara lengkap oleh Kementerian Kesihatan sebelum kelulusan diberikan untuk ubat itu didaftarkan dan digunakan di negara ini. --- aba.

Tidak ada komentar:

ENJIN CARIAN GOOGLE