Selasa, 06 Mei 2008

kentut baik untuk kesihatan














PARIS: Rakyat Perancis digalakkan kentut selain sendawa dan berpeluh demi kesihatan mereka dan mengurangkan risiko menghidap barah.

Dalam buku Le Grand Ménage, Dr Frédéric Saldmann, berkata rakyat perlu berani kentut dan mengeluarkan dua liter gas yang dihasilkan setiap hari kerana 'proses semula jadi' dan menyimpannya membahayakan usus.

Pada masa sama, rakyat Perancis juga perlu bebas untuk sendawa pada bila-bila masa.

Dr Saldmann turut mencadangkan tidak menggunakan ubat antipeluh dengan berkata: "Menghalang peluh bukan hanya menghentikan pengeluaran toksin tetapi juga mesej yang berpotensi menjadi daya memikat." Agensi

Tidak ada komentar:

ENJIN CARIAN GOOGLE