Jumat, 22 Februari 2008

khas untuk kanak-kanak dan wanita

Wanita hamil, kanak-kanak perlu dihadkan makan ikan???

Sebagai suami....kepada isteri tersayang dan bapa kepada anak ,anda mungkin kadang-kadang tertanya-tanya apakah nasihat yang terabaik untuk orang yang anda sayang,maksud saya dari segi pemakanan.Mungkin anda akan mengesyorkan, makan lebih banyak ikan kerana asid lemak Omega 3 atau hadkan pengambilan ikan kerana risiko toksin seperti raksa (mercury).Untuk pengetahuan anda makan ikan adalah lebih baik daripada daging dan ayam kerana ia mengandungi kalori, lemak dan kolesterol rendah. Ikan juga sumber protin dan beberapa jenis vitamin dan mineral.

Ada sesetengah ikan terutama salmon, tuna dan herring juga tinggi dalam lemak asid Omega 3. Untuk makluman, Omega 3 dikatakan mampu menurunkan risiko sakit jantung. Ia juga melindungi masalah denyutan nadi yang luar biasa dan membantu menurunkan tekanan darah.

Bagaimanapun, pengambilan ikan dalam diet juga berisiko. Ini disebabkan sesetengah ikan mengandungi bahan pencemar seperti raksa, dioksida dan kimia. Biasanya ikan terdedah kepada toksin di tasik, sungai dan laut yang tercemar.

Begitu juga bakteria, virus, parasit dan organisma yang juga boleh memberi kesan kepada ikan. Oleh itu, Food and Drug Administration (FDA) yang mengawal industri berkaitan makanan laut mengenakan undang-undang dan peraturan dalam usaha mengurangkan risiko terhadap makanan berkenaan.

Bukan saja ikan dari laut lepas, sungai atau tasik, ikan yang diternak juga mempunyai risiko sama. Ikan yang diternak memiliki jumlah Omega 3 sama banyak dengan ikan liar. Bagaimanapun, ikan ternak memiliki lebih banyak lemak dan kalori. Ia juga mungkin terdedah kepada pencemaran yang tinggi disebabkan toksin yang ada dalam makanan yang diberikan kepada ternakan berkenaan.

Apakah Jenis Bahan Pencemar Yang Perlu Anda Hindarkan?

Bahan pencemar utama yang ditemui dalam ikan ialah raksa@sejenis bahan dalam unsur merkuri. Ia muncul secara semula jadi dalam alam sekitar tetapi pencemaran industri boleh menghasilkan raksa yang wujud di tasik, sungai dan lautan. Mikroorganisama dalam air menjadikan raksa dalam bentuk sangat bertoksin dipanggil “methyl mercury’.

Ikan yang besar dan pemangsa seperti ikan pedang (swordfish) dan tuna gergasi cenderung memiliki tahap methyl mercury yang tinggi berbanding ikan yang kecil kerana jumlahnya lebih banyak dalam rantaian makanan.

Ikan kecil memakan organisma kecil yang mungkin mengandungi methyl mercury. Bahan itu tersimpan dalam badannya. Oleh itu, ikan besar yang memakan ikan kecil tentunya secara tidak langsung memakan lebih banyak toksin. Lebih lama ia hidup, lebih besar saiznya, lebih banyak raksa yang disimpan.

Jika anda memakan ikan yang mengandungi methyl mercury, toksin akan terkumpul dalam badan dan ia mungkin mengambil masa seminggu, sebulan atau bertahun-tahun untuk membuang toksin ini.

Methyl mercury membahayakan pertumbuhan otak dan sistem saraf janin dan kanak-kanak kecil kerana itu wanita hamil, menyusukan bayi dan kanak-kanak berusia kurang lima tahun harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan.

Bagaimanapun, FDA dan Environmental Protection Agency (EPA) melaporkan jumlah ikan yang diambil oleh seseorang itu bukanlah menjadi isu kesihatan yang besar.

Berapa banyak jumlah ikan yang selamat dimakan?

Kesihatan kebanyakan orang tidak terjejas dengan jumlah ikan yang dimakan. Oleh itu, Persatuan Jantung Amerika mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya tiga aun ikan setiap minggu.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengehadkan jumlah ikan yang dimakan bagi mengelak kesan berbahaya daripada mekuri dan lain-lain toksin. Bagi wanita hamil, wanita ingin hamil, ibu menyusukan bayi dan kanak-kanak, FDA dan EPA menyarankan mengelak memakan ikan tuna gergasi, ikan pedang dan kumpulan ikan yu kerana ia mengandungi level toksin yang tinggi.

Jangan makan ikan mentah. Jika anda menyimpan ikan pastikan membalutnya dengan beg plastik atau kertas penahan lembapan. Jika menyimpan dalam peti sejuk, pastikan tidak lebih daripada enam bulan ~Sumber daripada Mayoclinic.com

Tidak ada komentar:

ENJIN CARIAN GOOGLE