Manusia perlu berehat
MANUSIA boleh menghidap pelbagai jenis penyakit akibat tekanan hidup seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kemalangan, sakit kepala dan gila.
- Tahukah anda bahawa dengan hanya beristirehat manusia dapat menghindarkan diri dari pelbagai jenis penyakit. Istilah istirehat ini banyak digunakan oleh ahli perubatan kuno seperti dilakukan oleh masyarakat India melalui yoga dan Cina melalui tai chi.
Menurut pendapat seorang ahli perubatan Amerika Syarikat yang bernama Dr E Jacobson untuk mencapai kesihatan yang sempurna, kita harus banyak beristirehat.
Semua anggota badan memerlukan istirahat. Kita tidak harus membiarkan diri bekerja tanpa henti. Apapun pekerjaan kita, sama ada wartawan, polis, jurutera, doktor, buruh kasar, pengurus bank, ahli politik atau menteri, kita harus mempunyai masa secukupnya untuk istirehat.
Fikiran diibaratkan pita. Jika setiap percakapan, perbualan, perbalahan dan keserabutan dibiarkan untuk dirakam oleh fikiran tanpa ditapis, akhirnya pita itu akan habis dan tidak boleh dirakam lagi.
Antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui istirehat ialah tekanan darah tinggi, kelesuan, keletihan, insomnia, kegelisahan, sedih tanpa alasan, selalu ketakutan, tekanan urat saraf, sakit kepala, jantung
berdebar, serangan jantung, senggugut, kelumpuhan, gagap, tekanan jiwa dan emosi.
Untuk mengatasi masalah itu, tidak perlu memakan pil yang terlampau banyak cukup dengan hanya mendapatkan rehat secukupnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar