Jumat, 08 Februari 2008

PERHATIAN KEPADA LELAKI-LELAKI...

Kerap guna telefon bimbit jejas sperma

NEW YORK: Lelaki yang menghabiskan masa berjam-jam menggunakan telefon bimbit setiap hari mungkin menjejaskan mutu spermanya, menurut hasil kajian awal tiga penyelidikan. Dalam kajian ke atas 361 lelaki yang ditemui di klinik masalah kesuburan, penyelidik di Klinik Cleveland menemui kaitan antara penggunaan telefon bimbit pesakit dan kualiti sperma mereka. Secara umum, lelaki yang lebih banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit setiap hari, lebih rendah jumlah sperma mereka dan lebih besar peratusan sperma tidak normal.

Penemuan itu, yang diterbitkan dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan, menambah persoalan mengenai kesan potensi kesihatan terhadap telefon bimbit dan peralatan tanpa wayar lain. Sesetengah kajian, misalnya, mengaitkan penggunaan jangka masa panjang telefon bimbit dengan risiko lebih tinggi ketumbuhan otak, walaupun banyak kajian lain tidak menemui kaitan seperti itu. Kebimbangan lain ialah, tenaga elektromagnetik yang dikeluarkan dari telefon bimbit mungkin secara teorinya membahayakan tisu badan - dengan memusnahkan DNA. Namun, penemuan baru tidak membuktikan telefon bimbit boleh memusnahkan sperma, menurut penyelidikan itu.

Tidak ada komentar:

ENJIN CARIAN GOOGLE